Warga Emas Gigih Buat ‘Live’ Untuk Jual Baju Bundle

Semenjak negara berdepan pandemik, ramai individu yang terjejas untuk mencari sumber pendapatan demi menyara diri dan keluarga.

Kebanyakan individu pada saat ini mencari sumber pendapatan melalui atas talian memandangkan ianya merupakan salah satu insiatif yang boleh dilakukan oleh semua orang.

Di TikTok, seorang lelaki yang kelihatan berusia menggelarkan dirinya ‘abah’ gigih mempersiapkan jualan pakaian bundle yang dijalankan.

Advertisement
@abahbundle

standby semua jom ramai2 lock & pakat2 share support abah #bundle #bundlemalaysia #bundlemurah #baggysweatshirt

? original sound – fahdi ghazali – fahdi ghazali

Jual sweatshirt dan hoodie

Boleh dilihat menerusi video-video TikTok yang dikongsi olehnya apabila dia menunjukkan pakaian yang dijual dan persiapan sebelum membuat jualan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ujian yang perlu dihadapi oleh abah apabila dia terpaksa berdepan dengan joy buyer atau pun pembeli yang sekadar ‘main-main’ untuk membeli pakaian yang dijual.

“Walaupun kecewa ramai yang joy, tapi abah bersyukur mana yang support abah”

Menurutnya, walaupun dia terpaksa berdepan dengan pelanggan sedemikian, namun dia tetap bersyukur kerana masih ramai lagi yang memberi sokongan dengan bisnes yang dijalankan.

@abahbundle

packing order anak2 abah. alhamdulilah rezeki, bersyukur selalu. tq support abahhh

? original sound – ??????????? – ???????????

Namun, situasi berdepan dengan joy buyer seringkali berulang sehingga abah menyatakan yang dia sudah tidak bersemangat untuk meneruskan bisnes tersebut.

@abahbundle

Terima kasih yang tak henti sokong abah dari mula mula abah start LIVE sampai hari ini . Syukur alhamdulillah rezeki dariNya #bundle #fyp #fyp? #fy

? bunyi asal – mastura1997 – Mashitah1993

Sokongan daripada netizen

Pun begitu hal itu tidak berpanjangan, abah mendapat sokongan kerana video yang dimuat naik di TikTok mendapat perhatian daripada warganet.

“Alhamdulillah syukur video abah ditonton banyak orang. Terima kasih semua”

bisnes bundle

Dear Joyers, tak mampu buat cara tak mampu

Beberapa warganet juga berpesan kepada pembeli supaya jangan membuat pembelian sekiranya tidak serius dan hanya sekadar untuk ‘main-main’.

bisnes bundle

Semoga semua mereka yang berusaha untuk mencari sumber rezeki lebih-lebih lagi ketika pandemik ini dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook, Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments