Warga Emas Wanita Punyai Misai Dan Janggut Perlu Bercukur Dua Kali Seminggu

Warga emas punyai janggut

Seorang warga emas wanita mempunyai misai dan janggut yang lebat buatkan dirinya terpaksa bercukur sebanyak dua kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa.

Menurut laporan Berita Harian, Che Halimah yang kini berusia 62 tahun mengatakan bahawa hidupnya telah dibelenggu masalah ini sejak usia awal 20-an lagi. Kenapa jadi macam ni? Menurut Halimah, dia telah berjumpa dengan pakar dan doktor mengesahkan bahawa dirinya mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi.

Advertisement

Menurutnya lagi, dia perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang lain dan keadaan kini semakin teruk apabila dia diserang angin ahmar yang menyebabkan dirinya lumpuh separuh badan pada sebelah kiri. Allahu, kesiannya.

Walaubagaimanapun, Halimah yang sudahpun bercerai dua kali dan tidak mempunyai anak kini tinggal bersama adik dan isteri yang sanggup menjaga makan minumnya.

“Saya bukan lelaki, tapi wanita tulen. Misai dan janggut saya, isteri adik yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki.”

Korang tak rasa apa yang dia rasa! Apapun, semoga Che Halimah terus tabah sekiranya ada individu yang mengata tentang masalahnya itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERBerita Harian

Comments