Wartawan Ditembak Hingga Buta Sebelah Mata, Satu Dunia Bersolidariti

1567

Tular di media sosial satu video seorang wartawan jurugambar bebas Palestin telah disahkan buta kerana terkena peluru logam yang dibedil rejim Zionis.

Muath Amarneh, 35, telah kehilangan mata kiri sepenuhnya selepas ditembak oleh tentera Israel.

Amarneh menjelaskan beliau merasakan sesuatu terkena pada bahagian mata kerana tidak merasakan matanya tidak lagi berfungsi.

Tiba-tiba saya rasa sesuatu mengenai mata saya, Saya ingat peluru getah atau batu. Saya memegang mata saya dan tidak merasa apa-apa dan tidak dapat melihat kerana mata saya hilang sepenuhnya.

Ketika kejadian, beliau dilaporkan memakai jaket wartawan dan helmet. Beliau juga dikelilingi wartawan lain yang turut membuat liputan.

Polis sempadan Israel walaubagaimanapun menafikan bahawa mereka mensasarkan Amarneh, dan menyatakan bahawa ianya adalah suatu kemalangan kerana Amarneh berada berdekatan dengan penunjuk perasaan tersebut.

Susulan daripada insiden itu, kebanyakan wartawan dari seluruh dunia telah memuat naik gambar di media sosial dengan menutup sebelah mata sebagai tanda protes ke atas insiden yang menimpa Muath Amarneh.

Kempen ini menggunakan hashtag #MuathEye, #EyeofTruth dan #MuathAmarneh dilancarkan secara luas di media sosial.

Timbalan Editor Asing The National, Deck Moore memuatnaik di laman Twitter dengan menyatakan:

Mata kebenaran tidak akan pernah dibutakan. Hari ini, puluhan wartawan Palestin melakukan protes mengenai insiden Muath Amarneh, yang kehilangan matanya.

Sebelum ini lebih 60 orang wartawan telah menjadi sasaran tembakan oleh tentera Zionis pada tahun ini, 43 daripada mereka cedera akibat bom bunyi, manakala 170 lagi dipukul serta dihalau untuk membuat liputan.

wartawan

Setakat ini, seramai 18 wartawan turut ditahan di dalam penjara Israel.

Comments

comments