WhatsApp Sekat Talian Lapor Perokok Di Tempat Awam

2862

Terdahulu sesiapa yang menghisap rokok di kedai makan adalah diharamkan dalam lingkungan 5 meter dari restoran di seluruh negara.

Bagi memudahkan proses penguatkuasaan, talian WhatsApp khusus untuk melaporkan kesalahan telah dibuka oleh pihak Jabatan Kesihatan Malaysia.

Usaha kementerian kesihatan untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang larangan merokok di restoran dan tempat awam sejak 6 bulan lalu kelihatan terhalang oleh pihak WhatsApp menurut FMT.

Ini kerana apabila mesej yang dihantar ke nombor 60108608949 tidak sampai kepada nombor tersebut, tanpa tanda “double tick” pada aplikasi itu untuk menunjukkan ia telah diterima.

WhatsApp difahamkan terdapat aduan mengenai privasi yang difailkan kepada WhatsApp yang mendorong pemilik aplikasi itu menyekat nombor tersebut.

WhatsApp yang tidak membenarkan ia digunakan untuk melanggar privasi pengguna lain.

Wakil Kementerian apabila dihubungi FMT mengatakan mereka sedang berunding dengan pakar undang-undang untuk melihat bagaimana laporan masih boleh dilakukan oleh pengguna tanpa melanggar polisi WhatsApp.

Pelanggaran privasi adalah sebahagian terma dan syarat WhatsApp. Kami kini sedang berunding dengan pakar undang-undang kami untuk melihat bagaimana kami dapat menyediakan saluran aduan ini melalui WhatsApp tanpa dituduh melanggar peraturan.

Sumber: FMT

Comments

comments