Winamp Kembali Semula Tahun Hadapan

77

Perisian pemain media yang popular sekitar 90-an, Winamp, akan membuat kemunculan semula tahun hadapan dengan ciri-ciri yang dikemas kini dan dinaik taraf.

Winamp merupakan pilihan dan cara yang paling diminati oleh pengguna untuk mendengar muzik di komputer sebelum kemunculan pelbagai aplikasi dan perisian lain seperti iTunes.

Setelah ditamatkan pada tahun 2013, versi baru dijangka akan dilancarkan pada tahun 2019 dimana akan meneruskan legasi Winamp dengan pengalaman mendengar muzik kegemaran anda yang lebih menarik dan lengkap.

Pemain media ini sedang dikemas kini sebagai aplikasi audio platform-agnostik yang mengumpulkan semua perpustakaan atau library muzik digital pengguna, perkhidmatan streaming dan podcast dan boleh dimainkan semuanya pada satu aplikasi sahaja iaitu Winamp.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Radionomy, syarikat yang membeli Winamp pada tahun 2014, Alexandre Saboundjian, Winamp merupakan pilihan terbaik untuk sesiapa yang menginginkan pengalaman audio tunggal yang mampu mengumpulkan kesemuanya dalam satu aplikasi dan Winamp wajib ada di semua peranti anda.

Versi awalnya telah diperkenalkan pada April 1997, telah menjadi terkenal semasa era Web 1.0 sebagai pemain MP3 pertama dan mendapat penerimaan yang sangat tinggi dan meluas.

Pada tahun 1999, nullsoft iaitu syarikat yang mencipta Winamp telah dibeli oleh AOL. Perisian ini mempunyai 60 juta pengguna di zaman kegemilangannya pada tahun 2001. Tetapi dominasi itu tidak bertahan lama, kerana iTunes Apple Stores segera mengambil alih pasaran, ditambah dengan beberapa lagi pemain media gergasi.

Walaubagaimanapun, Winamp sebenarnya tidak terkubur begitu sahaja. Menurut TechCrunch, sejak beberapa tahun yang lalu, perisian ini masih mempunyai lebih kurang 100,000 pengguna bulanan dan kebanyakkannya masih mengemas kini aplikasi tersebut.

Perisian itu mengekalkan fanbase yang kecil tetapi masih setia menggunakannya. Malah perisian ini sangat digemari kenapa fungsi Winamp skin yang boleh bertukar background player mengikut corak dan tema kegemaran pendengar.

“Kami mempunyai komuniti yang sangat kuat dan luas, Tetapi semua orang tahu bahawa Winamp sudah ‘mati’, dan kami tidak melakukan apa-apa lagi dengannya.” 

AOL telah menutup Winamp.com lima tahun lalu dan mengatakan bahawa perisian itu tidak lagi boleh dimuat turun. Winamp 5.8 merupakan versi terakhir boleh dimuat turun oleh pengguna.

Radionomy merupakan syarikat baru yang mengambil alih Winamp akan mengemaskini versi 5.8 dan berjanji akan menaik taraf ke Winamp 6 pada tahun 2019.

Sumber: Spin

Apa yang pasti peminat dan pengguna tegar Winamp akan merasai pengalaman yang sama dan lebih baik dari apa yang pernah mereka nikmati tetapi masih mengekalkan identiti Winamp.

Sumber: TechCrunch & Billboard

Comments

comments