Wuhan, Bandar Yang Dikatakan Bermulanya COVID-19 Sesak Malam Tahun Baru

Dalam kemelut dunia membendung wabak COVID-19, mutasi demi mutasi dijumpai, bandar Wuhan pada malam tahun baru sesak dengan orang ramai seakan-akan COVID-19 telahpun selesai.

Bandar Wuhan adalah bandar yang bermulanya pandemik COVID-19 pada Januari 2020.

Setelah mendapat kes pneumonia pertama pada bulan Januari, COVID-19 mula merebak ke serata dunia dan telah menyebabkan tumbangnya eknomi dan juga punca pendapatan orang ramai akibat pandemik tersebut.

covid wuhan
kredit – CNN
covid wuhan
kredit – CNN
covid wuhan
kredit – CNN

Namun begitu, pada malam tahun baru, CNN melaporkan bahawa bandar Wuhan sesak dipenuhi orang ramai yang memakai pelitup muka demi menyambut ketibaan tahun baru.

Advertisement

Dikatakan juga, Wuhan telah bebas dari virus COVID-19 tetapi hanya terdapat beberapa kes di bandar Beijing.

Ini tidak bermaksud bahawa pandemik COVID-19 telahpun berakhir.

 

Comments

comments