Apa Sebenarnya Maksud “Serve No Pork”?

Baru-baru ini kecoh di laman sosial Facebook dimana seorang netizen mempertikaikan status halal dua rangkaiaan ‘bubble tea’ paling popular ketika ini, iaitu Xing Fu Tang dan The Alley.

Terbaru seorang mualaf Allyssia Affandi  menulis perkongsian di akuan Facebook miliknya mengenai kedai makanan bukan muslim yang ditulis ‘serve no pork’ yang banyak dikunjungi oleh umat Islam untuk menjamu selera.

Beliau ingin memberi nasihat kepada umat Islam lain agar sebolehnya berhati-hatilah jangan ambil mudah tentang makanan dan minumuan tiada babi.

Advertisement

Persoalannya adakah kamu yakin kuali dan minyak tidak digunakan untuk mengoreng dan masak babi?

Sekadar gambar hiasan

Beliau adalah seorang mualaf dan menceritakan pengalaman sendiri ketika berkerja di restoran Cina sebelum masuk Islam.

Goreng babi sekali sekala

Katanya, restoran tersebut akan menulis di kedainya ‘serve no pork’ tetapi sekali sekala mereka akan mengoreng babi pada minyak pengoreng chicken chop dan guna pisau yang sama untuk  potong daging babi yang siap di goreng untuk makanan sendiri.

Ayam dan daging tak Halal

Bukan itu sahaja, ayam dan daging dah tentu tidak Halal, dah bukan Islam yang sembelih di kedai mereka.

Pekerja bertudung terus cop kedai itu Halal

Lagi satu, jangan ingat ada staff bertudung terus kamu cop tu kedai halal. Pengalaman saya sendiri juga di Sarikei, Sarawak dulu, tauke ambik pekerja Indonesia Islam bekerja di restoran.

Hari pertama bekerja, staff Indonesia tu kata dia tidak makan babi dan haram bagi Islam, tapi tu tauke boleh gelak cakap

You  jangan makan babi lah, ada ayam tapi kuali dan sudip di gunakan tempat goreng babi.

Rahsia masakan Cina

Kamu tahu, rahsia mee cina sedap kebanyakkan menggunakan minyak babi.Pastikan betul betul ada logo halal yang di sahkan oleh jakim baru masuk.

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Beliau turut menceritakan pengalamanya beberapa tahun lepas dimana beliau membawa suami dan juga anak-anak makan di kedai yang orang cakap Halal.

Semasa sampai sup Tom Yam (serve no pork) pertama di meja saya, sekali rasa sup babi bukannya sup ikan asli.

Saya terus bawa suami dan anak balik tapi tetap bayar biarpun tak makan. Start dari tu saya tidak masuk dah kedai bukan Muslim kalau tiada logo halal.

Bagaimana beliau boleh mengetahui?

Lapan belas tahun beliau pernah makan babi dan tidak mungkin beliau tidak tahu rasa minyak dan juga sup babi.

Takkan hilang dalam ingatan dalam beberapa tahun saja saya masuk Islam.

Bukan nak menakutkan sekurang-kurangnya benda yang saya tahu, saya share nanti di akhirat tiada siapa cari saya sebab tak bagi amaran.Kira bahagian saya dah selesai sekarang. Kamu percaya atau tidak terpulang, janji niat saya tersampai.

Hanya untuk Muslim sahaja ya, kawan kawan yang bukan Islam jangan marah sebab tu babi memang makanan anda tetapi haram bagi umat Islam.

Jadi kepada semua umat Islam berhati-hatilah jika hendak makan di kedai bukan Islam, sebaiknya cari makanan yang Halal untuk kita dan juga semua ahli keluarga.

Sumber: Facebook

Comments