“Yang Akan Dibongkarkan Oleh PDRM Pasti Memusnahkan Segala Mak Nenek Teori Alam Ghaib Kehilangan Acap”

3143

Satu info yang berlegar ketika ini di media sosial mendakwa Mohammad Ashraf Hassan atau nama mesranya, Acap, yang hilang di Hutan Simpan Bukit Kinta, Ipoh ketika menjalankan aktiviti jelajah rimba sebenarnya tidak masuk ke alam ghaib seperti didakwa.

Menurut pengguna Facebook Muhammad Mamzah, dia telah menyertai misi pencarian Acap dengan niat membantu orang yang sedang dalam kesusahan dan kehilangan ahli keluarga.

Ramai membuat telahan dari tulisan pengguna Facebook ini, bahawa Acap bukan hilang dan kehilangannya tidak melibatkan sebarang unsur mistik. Dan hakikat sebenarnya pasti mengecewakan ramai pihak.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa maksud sebenar beliau. Bersama kita nantikan kemaskini sahih dari pihak berkuasa berhubung kehilangannya.

Acap didapati hilang sehak 23 Mac lepas apabila tidak muncul di garisan penamat acara larian yang disertai di  Hutan Simpan Bukit Kinta. Kehilangannya menyebabkan ramai pihak termasuk pihak berkuasa, kumpulan-kumpulan penjejak, pengamal perubatan alternatif dan orang ramai berusaha mencarinya. – amazingnara.com

 

Tinggalkan komen anda