Yasmin At Kong Heng Menggamit Memori

1495

Di sebalik tarikan lain yang ada di Ipoh, tahukah anda disitu juga ada sebuah muzium yang dibuat khas untuk pembikin filem negara, arwah Yasmin Ahmad?

Namun bila sebut tentang muzium pastinya dalam fikiran akan terbayang suasana yang membosankan dan sebagainya.

Tetapi berbeza dengan Yasmin At Kong Heng yang mengajak kita mengimbau kenangan bersama hasil karya Yasmin Ahmad. 

Yasmin At Kong Heng mula dilancarkan pada tahun 2014 di Ipoh, Perak atas hasil usaha keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mengenali beliau sebagai tanda memperingati karya-karyanya.

Yasmin Ahmad yang pada mulanya terkenal dengan penerbitan iklan-iklan Petronas yang ditayangkan di televisyen terutamanya pada musim perayaan.

Iklan yang mengangkat tema kekeluargaan sering menyentuh hati penonton dan masih segar di ingatan.

Untuk mereka yang masih tidak tahu tentang kewujudan muzium khas ini, kami akan kongsikan beberapa perkara menarik yang anda boleh nikmati di sini.

Anda boleh mendapatkan tiket masuk dengan harga RM3 di pintu masuk. Uniknya tiket itu sendiri mempunyai tanda tangan Yasmin Ahmad sendiri dengan ucapan ILupchew (I love you).

Tshirt dengan design yang sama pun ada dijual disini. Ada dua warna iaitu hitam dan putih.

 

Kredit: Ipoh echo

 

Di Yasmin At Kong Heng, gambar koleksi peribadi Yasmin Ahmad seperti baju kebaya, telefon, puisi dan tulisan miliknya dipamerkan kepada pengunjung.

Kredit: Ipoh echo
Kredit: Ipoh echo

Selain daripada itu, anda juga boleh menonton tayangan satu jam koleksi iklan yang dihasilkan oleh Yasmin Ahmad. Ada beanbags turut disediakan jadi anda boleh menonton dengan selesa seperti di rumah sambil mengimbau kenangan.

Kredit: The Star

Untuk penggemar filem dan karya Yasmin Ahmad ini merupakan lokasi yang wajib anda pergi. Banyak sisi lain beliau yang anda akan kenali semasa di sini.

Jadi jangan lupa Ipoh Mali!

Comments

comments