YB Syed Saddiq Bercadang Untuk Perkenalkan Perkhidmatan ‘Gojek’ Di Malaysia

Jika baru-baru ini, isu elaun latihan praktikal berjaya dinaikkan selepas diusulkan beliau di laman sosial. Kini, YB Syed Saddiq sekali lagi meminta pendapat awam mengenai perkhidmatan gojek ataupun teksi-motorsikal di Malaysia.

Semalam melalui laman Twitter nya, YB Syed Saddiq telah melakukan satu kaji selidik dalam mendapatkan pendapat terutamanya dari golongan muda.

Kaji selidik yang dilakukan semalam itu telah mendapat sebanyak 4.2 ribu retweet dan pelbagai komen. Ada pelbagai komen yang menyokong perkhidmatan itu dilakukan di Malaysia dan juga yang sebaliknya.

Advertisement

screenshot twitter
screenshot twitter
screenshot twitter
screenshot twitter
Setakat ini, Malaysia masih belum mempunyai perkhidmatan teksi-motorsikal yang menghantar penumpang. Berbeza dengan perkhidmatan penghantaran makanan seperti Food Panda dan Grab Food.

Melalui pendapat daripada netizen, dapat dilihat cadangan ini disambut baik oleh mereka. Perkhidmatan teksi-motorsikal ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa penumpang untuk tiba ke destinasi tetapi juga sebagai satu peluang pekerjaan kepada anak muda.

Comments

comments