YDPA Luangkan Masa Bersenam Bersama Pegawai Dan Kakitangan Istana Negara

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa melakukan aktiviti senaman dan berlari mengelilingi kawasan Istana Negara.

Perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara itu, turut menunjukkan baginda yang sedang memerhati pegawai dan anggota keselamatan istana yang sedang melakukan tekan tubi di lapangan berkenaan.

Seri Paduka Baginda YDPA juga pernah menyertai latihan di Royal Military Academy Sandhurst di United Kingdom dari tahun 1978 hingga 1979.

Advertisement

Seri Paduka Baginda YDPA turut menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa melakukan aktiviti senaman bagi meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri. Rakyat harus sentiasa aktif dan cerdas lebih-lebih lagi sewaktu negara masih lagi memerangi ancaman wabak COVID-19.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments