Youtube Dijangka Akan Melancarkan Aplikasi Yang Mempunyai Ciri Sama Seperti TikTok Tidak Lama Lagi

Youtube Stories

Siapa yang tidak mengenali YouTube, platform yang menjadi pelopor utama masyarakat dunia untuk membuat perkongsian video secara dalam talian. Platform ini menjadi pilihan semua pihak sama ada untuk tujuan perniagaan atau pun persendirian. Selepas YouTube, muncul pula aplikasi TikTok yang menjadi trend terkini di kalangan anak muda sekarang.

Penggunaan aplikasi ini mengejutkan semua orang dan menjadi fenomena budaya hiburan dalam masa yang singkat. Syarikat aplikasi tersebut merekodkan kenaikan agresif sehingga 125 peratus hanya dalam tempoh dua tahun. TikTok menawarkan kandungan  video pendek dan tampil dengan idea yang menarik.

aplikasi TikTok

Sekarang muncul desas desus yang mengatakan Google selaku syarikat gergasi enjin carian akan melancarkan YouTube ‘Shorts’. Ada beberapa pihak yang mengakui kenyataan ini benar.

Advertisement

‘Shorts’ tidak akan menjadi aplikasi yang berdiri sendiri. Video ringkas yang dimuat naik menerusinya akan juga disiarkan dalam YouTube. Pengguna akan dapat berkongsi video yang dihasilkan ke dalam platform YouTube. Kelainan yang dibawa dalam ciri aplikasi ini ialah pengguna boleh memilih pelbagai muzik yang berlesen sebagai muzik latar belakang video mereka.

Maklumat yang lengkap mengenai ciri yang terdapat dalam ‘Shorts’ belum lagi dikeluarkan tetapi ramai yang berpendapat aplikasi ini menerima banyak ilham kandungan daripada TikTok. Berdasarkan penampilan awal aplikasi tersebut yang menayangkan video pendek dan padat hampir sama dengan TikTok.

Untuk pengetahuan tambahan, TikTok dilancarkan buat pertama kali di China dahulu pada 2016 sebelum dilancarkan secara global pada 2018. Dikenali sebagai platform perkongsian video yang pantas, pendek dan boleh dirakam di rumah atau di mana sahaja. Kelainan aplikasi ini mendapat tempat di hati setiap pengguna kerana mempunyai pelbagai filter yang disertakan sepenuhnya apabila memuat turun aplikasi ini.

aplikasi Snapchat

YouTube menampilkan ciri aplikasi yang terinspirasi daripada aplikasi lain seperti ini bukanlah kali pertama. Sebelum ini YouTube mencedok idea yang dipopularkan oleh aplikasi Snapchat. Terdapat kelainan sedikit apabila Stories yang dimuat naik bertahan sehingga 7 hari berbanding aplikasi yang lain hanya bertahan untuk tempoh 24 jam.

Instagram Stories

Tetapi tiada sebarang perkara buruk disebalik penciptaan aplikasi seperti ini. Instagram juga melakukan ciri yang hampir sama dengan Snapchat dan ternyata sambutan yang diterima sangat baik. Vine dikatakan adalah permulaan kepada trend perkongsian video pendek kreatif. Ada juga laporan yang diterima mengatakan Facebook juga dalam usaha untuk muncul dengan idea aplikasi yang segar seperti ini dan dinamakan Lasso.

Kemunculan kesemua aplikasi hiburan seperti di atas ketika ini mungkin disebabkan sebahagian besar masayarakat dunia sedang menjalani tempoh kuarantin akibat wabak COVID-19. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai pelbagai pilihan platform untuk dilayari ketika berada di rumah. Ini juga antara tarikan yang dilakukan untuk memastikan setiap daripada masyarakat menghabiskan masa di dalam rumah dan menghasilkan pelbagai video kreatif untuk dikongsi bersama.

Sumber 

Comments

comments