Yusuf Azmi Titipkan Nasihat Padu Buat ‘Long Tiger’, Jangan Suka Berperang Sana Sini

yusuf azmi nasihat long tiger

Siapa yang tidak kenal dengan aktivis kemasyarakatan, Yusuf Azmi. Namanya sering menjadi siulan anak muda kerana sikap “garang” dan beraninya membela nasib pengguna yang ditindas di Malaysia, termasuklah melibatkan kes ceti haram dan ‘ah long’. Biarpun pernah diugut bunuh tetapi itu tidak sama sekali melemahkan semangat juangnya yang tinggi.

Terbaru, menerusi akaun Facebooknya, Yusuf dilihat menitipkan kata-kata nasihat yang cuku “padu” buat indiividu yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang menggunakan media sosial dengan tujuan untuk mencari gaduh.

Jangan suka berperang sana sini

yusuf azmi nasihat long tiger yusuf azmi nasihat long tiger

Menurutnya, media sosial sepatutnya digunakan untuk menyebarkan perkara positif serta menunjukkan akhlak Islam yang sebenar kepada golongan bukan Muslim dan bukannya sebagai medium untuk mencabar antara satu sama lain serta mencetuskan kontroversi.

Sebelum ini, ‘Long Tiger’ menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa siri Live di Facebook. Dia ibarat seperti seorang ‘gangster’ dengan gaya percakapan agak ‘langsi’ dan kerap berkelahi di media sosial.

yusuf azmi nasihat long tiger

Bagaimanapun, ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abdul Hamim bin Ab Hamid telah pun ditahan reman. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay semalam.

Sumber Berita : Yusuf Azmi & Harian Metro

Comments

comments