Zahid Hamidi Beri Alasan Sama Untuk Tangguh Perbicaraan Kes Mahkamah

Hari ini sepatutnya berlangsung perbicaraan kes rasuah melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi tetapi ia nampaknya terpaksa ditangguhkan untuk ketiga kalinya dengan alasan sama.

Ini apabila pasukan pembelaan Zahid memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa presiden UMNO itu perju menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat individu yang disahkan positif Covid-19 yang sebelum ini telah pergi menghadiri mesyuarat di negeri lain.

“Ini (penangguhan) akan berlanjutan sepanjang minggu hingga Khamis. Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. Boleh tak kamu nasihati anak guam (Ahmad Zahid) kamu agar tidak hadiri sebarang mesyuarat seminggu sebelum kesnya, kalau tidak sampai bila pun kes ini tidak akan selesai”.

“Saya juga terpaksa melapangkan sesi yang lalu kerana masalah sama. Tarikh-tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan memadai untuk pendakwaan menutup kes. Walaupun beliau ada tugas rasmi untuk dijalankan, hadir di mahkamah juga penting, justeru tolong ingatkan beliau (agar tidak hadiri sebarang mesyuarat)”. – Katanya.

Disebabkan ini pembicaraan kes terpaksa ditangguhkan lagi ke tarikh 4 Mac 2021.

Advertisement

Untuk maklumat, Zahid Hamidi terlibat dengan 47 pertuduhan di mana 12 darinya kes pecah amanah, 8 kes rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Sumber

Comments

comments