Ziarah Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan Walaupun Di Dalam Negeri Yang Sama

ziarah hari raya

Walaupun pergerakan merentas negeri dibenarkan di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan namun ianya hanya untuk tujuan yang dibenarkan sahaja. Bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi, tiada sebarang aktiviti kunjung mengunjungi dibenarkan.

Ini termasuklah aktiviti ziarah hari raya di dalam negeri yang sama. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memaklumkan ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan walaupun kerajaan memang membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri, kita tidak boleh balik raya, jadi kita beraya di rumah saja dan pakai kain pelikat.”

ziarah hari raya
Gambar hiasan

Sementara itu, pergerakan tanpa had waktu telah dibenarkan manakala individu yang ingin menjalankan aktiviti sukan yang tidak melibatkan jarak yang dekat turut dibolehkan. Tetapi semua itu perlu mengikuti peraturan penjarakan sosial yang dikeluarkan.

Walaupun dalam tempoh PKPB, peraturan yang dapat dikuatkuasakan melalui warta persekutuan akan berakhir pada 12 Mei. Beliau mendedahkan rancangannya yang menunjukkan kemungkinan peraturan itu akan dilanjutkan sehingga Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 24 Mei dan seterusnya.

Advertisement

Sumber

Comments

comments